Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim

Agong tak boleh tak layan jika pembangkang dapat sokongan majoriti, kata Hassan

Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyatakan pendapat bahawa Agong mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut “selera dan sentimen peribadi.”

Dia memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada ahli parlimen pembangkang dan kerajaan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam titah baginda semasa perasmian persidangan baru Dewan Rakyat semalam, baginda bertitah semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.

Hassan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak.

“Agong tidak boleh tak layan jika benar-benar wujud keadaan seperti dinyatakan di dalam perlembagaan seperti yang ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana pihak pembangkang berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk bentuk kerajaan baru.

“Adalah sah dan legitimate (absah) jika kerajaan yang ada tetapi hilang legitimacy (keabsahan) maka pembangkang berusaha secara perlembagaan, mengikut undang-undang dan demokratik menggantikan kerajaan penyandang yang telah hilang sokongan.

“Agong kena ikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya ikut selera dan sentimen peribadi,” kata Hassan.

Hassan berkata bahawa adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan untuk kerajaan yang telah kehilangan sokongan dan keabsahan untuk memerintah dibenarkan terus menjadi kerajaan sehingga tamat penggal pilihan raya.

“Perlembagaan Persekutuan tidak ada kata bahawa sesuatu kerajaan yang dibentuk selepas satu pilihanraya akan tetap kekal sehingga tamat tempoh lima tahun iaitu sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Agong juga seperti ahli-ahli politik kena patuh dan hormati Perlembagaan Persekutuan.Perkara yang tidak ada di dalam perlembagaan tidak boleh diada-adakan sesuka hati. Yang boleh meminda perlembagaan hanya satu badan sahaja iaitu Parlimen,” katanya.

“(Dalam perkara) ini, Agong telah crossed the line (melangkau batas),” katanya. Mk

Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker