Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

Tular semalam di media sosial tentang nasib malang ditimpa oleh sepasang pempengaruh yang mana mereka dibelasah teruk dan lebih menyayat hati kekasihnya dirogol bergilir-gilir ketika berada di India.

Namun, seorang wartawan wanita Amerika Syarikat, Christine hill mendakwa dia telah menerima layanan yang sama sewaktu berada di pusat bandar, Kuala Lumpur. Lebih teruk lagi, dia membuat tuduhan liar yang menyatakan wanita berkulit putih tidak akan selamat dan berpotensi dicabul untuk setiap dua minit jika berada di sini.

“India bukan satu-satunya tempat seperti ini. Seorang wanita berkulit putih yang berjalan menerusi Kuala Lumpur boleh dijangka payu daranya akan diraba kira-kira setiap dua minit di sini,” kongsi menerusi ciapannya.

Tidak berhenti di situ, dia menambah lagi bahawa pengalaman sendiri tentang bagaimana sekitar 50 orang lelaki didakwa cuba merabanya dalam masa 30 minit ketika berjalan kaki dari Central Market ke Shangri-La di Kuala Lumpur, Malaysia.

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Apabila warga netizen membidas kenyataan tidak berasas itu dan mempertahamkan Malaysia adalah negara yang selamat, dia masih berkeras dengan dakwaan itu.

“Maaf, tidak. Saya tinggal di sana (di KL) selama 8 tahun dan sentiasa diganggu seperti wanita kulit putih yang lain yang saya kenali. Saya akhirnya berpindah ke Singapura, dan sejak itu saya mula membawa payung besar bersama dan memukul sesiapa sahaja yang memegang buah dada saya.

“Berjalan dari Central Market ke Shangri-La pada suatu hari – lalu lintas yang sangat teruk – saya memukul kira-kira lelaki, semuanya melayu, mereka cuba mencapai payudara saya.

“Ketika itulah saya sedar perlu bergerak. Saya membawa ini kepada pemimpin politik paling kanan, mengatakan ia adalah PR yang buruk untuk bandar. Mereka yang berpangkat hanya ketawa. Didakwa ia bukanlah rogol tetapi hanya serangan seksual. Negara yang baik sudah pasti akan mendakwa kes tersebut,” kata Christine lagi.

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

Perkongsian wanita Amerika itu sememangnya menjadi perbincangan hangat yang mana netizen lokal mendakwa ia sesuatu yang tidak realistik dan tidak berasas.

“Saya sudah tinggal di Kuala Lumpur selama 30 tahun dan tidak pernah lagi menghadapi situasi sebegitu atau membaca/mendengar berita tentang wanita yang diraba buah dadanya setiap dua minit,” kongsi seorang wanita tempatan.

“Ko bodoh ke? Ko pikir orang tak de keje nak raba tetek ko setiap dua minit??,” luah seorang pengguna X tempatan yang cukup marah dengan kenyataan tidak berasas itu.

“Saya tidak pernah dengan sesiapa berkata sebegitu tentang Kuala Lumpur. Saya tidak pernah ada sebarang isu, berjalan seorang diri sebagai seorang wanita berkulit putih termasuk kenalan saya,” kongsi seorang wanita Netherlands yang pernah melawati Malaysia sebelum ini.

“Ini benar-benar satu pembohongan. Saya telah tinggal di sini selama 9 tahun dan tidak pernah menyaksikan perkara tersebut,” ujar seorang warga Afrika di ciapan tersebut.

Malah, ramai juga pelancong dan pekerja dari luar negara yang turut membidas kenyataan wanita itu dan berkongsi pengalaman mereka sendiri ketika berada di sini yang mana terbukti memang selamat. Ramai juga yang meminta wanita terbabit untuk mengemukakan bukti yang kukuh sebelum melempark tuduhan melampau itu. VC

Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker