Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah

PETALING JAYA – Sama seperti wanita lain, adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan berdoa agar dikurniakan pasangan yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Khan, 24, berkata, dia juga mendambakan kehadiran jejaka yang menghormati dirinya dan keluarga.

“Saya sentiada berdoa agar Allah mengirimkan seorang suami yang terbaik untuk saya di mata-Nya.



Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

“Selain itu, saya juga mahu seseorang yang menghormati dan menghargai diri ini serta keluarga selain mampu membimbing saya mendekati Tuhan,” katanya dalam InstaStory.

Dalam pada itu, Ameera yang juga pempengaruh media sosial mengharapkan lelaki tersebut akan menyayanginya dengan sepenuh hati.



Selain itu, dia turut berdoa jodohnya nanti setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi membahagikan dirinya.

“Saya boleh beri kasih sayang yang banyak tetapi saya juga ingin rasa disayangi. Jadi, saya berdoa agar individu itu menyayangi saya lebih daripada saya mencintainya.

“Seseorang yang setia sangat sukar untuk ditemui pada hari ini. Seseorang yang faham bahasa cinta dan akan lakukan apa sahaja untuk pastikan saya bahagia dan tidak akan berkata perkara buruk yang menyakiti hati saya.

“Saya pernah fikir meminta perkara-perkara ini adalah mustahil sehingga saya sedar saya minta kepada Allah yang mencipta langit dan bumi, tiada yang mustahil bagi-Nya,” ujarnya.



Ameera berkata demikian bagi menjawab soalan daripada netizen yang bertanya ciri-ciri lelaki idamannya.

Sebelum ini, Ameera pernah dikaitkan dengan pelakon terkenal Meerqeen namun menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker