Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA

SEREMBAN: Pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia di hospital di sini, awal pagi tadi, telah jatuh dalam gelanggang dan kepalanya terhentak ke lantai ketika menyertai pertandingan prapemilihan Sukan Malaysia (SUKMA) pada petang semalam, kata Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Bibi Aishah Golbal Shah.
Bibi Aishah berkata, atlet berusia 21 tahun itu jatuh ketika sedang beraksi dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat.
“Dia sedang beraksi dalam pertandingan… ketika itu, atlet ini sedang melakukan sapuan bawah, kemudian kepalanya terhentak ke lantai. Dia bangun semula tetapi rebah.
“Ketika di gelanggang itu, dia didapati tidak bernafas. Pihak kami dan pegawai perubatan cuba memberi bantuan pernafasan hingga ambulans datang untuk menghantarnya ke hospital.
“Saya dikhabarkan dia bernafas semula dan mendapat bantuan oksigen di hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Bibi Aishah berkata, Hospital Tuanku Ja’afar memaklumkan bahawa Wan Muhammad Haikal meninggal dunia pada jam 1.20 pagi tadi, dan jenazah dibawa pulang ke Kampung Alur Selising, Jertih, Terengganu.
Beliau memaklumkan, pertandingan prapemilihan SUKMA bagi pencak silat itu membabitkan atlet dari 12 negeri, bermula Jumaat hingga hari ini.
“Berikutan kejadian itu, kami membatalkan semua kejohanan berlangsung bagi separuh akhir dan final, hari ini, bagi menghormati pemergian Allahyarham,” katanya. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.