Ribuan doktor di Korea Selatan bangkit sertai protes jalanan

SEOUL: Ribuan doktor di Korea Selatan mengadakan himpunan besar-besaran hari ini, bagi menentang dasar kerajaan meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan.

Keputusan kerajaan itu didakwa mengingkari gesaan rasmi supaya doktor pelatih yang berhenti kerja kerana protes, untuk kembali bekerja.

Menurut Persatuan Perubatan Korea (KMA), hampir 40,000 doktor swasta termasuk kakitangan KMA menyertai protes menuntut kerajaan membatalkan rancangan itu.



Maklumat polis menyatakan hanya 12,000 orang menyertai protes berkenaan.

Difahamkan, perhimpunan diadakan sehari selepas tarikh akhir diberi kerajaan untuk doktor pelatih kembali bekerja.

Hampir 9,000 doktor residen dan pelatih di hospital utama atau kira-kira 70 peratus daripada jumlah keseluruhan, dilaporkan meletak jawatan bulan lalu.

Keadaan itu menyaksikan beberapa pembedahan dan rawatan terpaksa dibatalkan serta membebankan jabatan kecemasan.



Seorang pegawai di KMA, Joo Soo-ho, berkata kerajaan perlu memperbaharui sistem perubatan sedia ada sebelum menaikkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan.

Beliau mendakwa kerajaan mahu meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000 orang bermula 2025, berbanding angka tahunan semasa iaitu 3,000 orang.

Menjelang 2035, dakwanya, angka akan bertambah sehingga 10,000 orang.

“Kerajaan yang menetapkan tarikh akhir dan tanpa mengira tarikh akhir dan tekanan, kami akan terus beri tekanan,” katanya.



Sehubungan itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo hari ini menggesa KMA menghentikan protes dan menggalakkan doktor pelatih kembali menjalankan tanggungjawab ke atas pesakit mereka.

Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-min, berkata, doktor pelatih tidak akan dihukum sekiranya kembali bekerja hari ini.

Jika sebaliknya, beliau menegaskan mereka berdepan hukuman pentadbiran dan undang-undang termasuk lesen perubatan digantung.

Kerajaan dikatakan secara terbuka mengeluarkan arahan kembali bekerja untuk 13 doktor, termasuk dalam kalangan pegawai perubatan yang lantang mengkritik dasar berkenaan selain menyerbu beberapa pegawai KMA, Jumaat lalu.



Sementara itu, Pesuruhjaya Agensi Polis Metropolitan Seoul, Cho Ji-ho, berkata polis sudah mengeluarkan larangan terhadap beberapa ahli KMA daripada meninggalkan negara itu, bagi menjalankan siasatan aktiviti haram yang didakwa dikaitkan dengan protes itu. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker