Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam

Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam

“Itu semua berlaku sebelum saya hadir dalam kehidupan dia. Jujurnya, saya tidak tahu,” katanya.

Demikian kenyataan penyanyi popular era 1980-an, Suliza Salam apabila mengulas dakwaan membabitkan bekas suaminya yang dikaitkan sebagai individu yang memungkiri janji untuk memulangkan pita asal empat filem kepada seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad.



Pita asal empat filem hasil karya terbitan Sarimah Film Productions itu adalah Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari didakwa diambil sejak 36 tahun lalu.

Suliza yang juga ibu kepada penyanyi Ismail Izzani berkata, dia percaya bekas suami bukanlah individu seperti yang didakwa.

“Itu semua berlaku sebelum saya hadir dalam kehidupannya. Jujurnya, saya tidak tahu dan rasa bukan beliau.

“Sebab bekas suami bukan jenis menganiaya orang dan tak mungkin. Beliau dengan Sarimah macam abang dan adik.



“Jadi, saya fikir mungkin ada salah faham. Saya doakan mereka dapat selesaikan dengan cara baik, tapi rasanya pita itu tiada padanya.

“Benda ini ada salah faham sebab sudah berpuluh tahun berlaku, ketika saya belum ada lagi dalam hidupnya,” katanya.

Suliza menjawab pertanyaan wartawan ketika ditemui pada Majlis Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh Minaz dan Sabihah Gold di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, semalam.



Menjawab pertanyaan namanya dikaitkan dengan isu ini, Suliza berkata, dia tiada masalah, namun berharap semuanya boleh diselesaikan dengan cara baik.

“Biasalah, kalau nak petik, petiklah. Bagi saya, tiada masalah jika saya tidak terbabit.

“Kita ada undang-undang di Malaysia. Kalau ada perkara yang belum diselesaikan, boleh diselesaikan secara baik, insya-Allah.

“Saya rasa beliau juga tiada masalah dan sudah jelaskan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.



Ditanya mengenai keadaan keluarga apabila berhadapan dengan isu ini, Suliza berkata, mereka semuanya baik-baik sahaja.

“Tiada apa-apa sebab kami tidak tahu menahu. Masalah ini bukan pada kami dan ada salah faham.

“Saya rasa perkara ini sudah selesai pun,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Sarimah memohon supaya individu terkenal memulangkan pita asal empat filem hasil karyanya iaitu Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum beliau meninggal dunia.



Bintang filem Studio Jalan Ampas, Singapura itu turut mendakwa individu itu juga memungkiri janji untuk memulangkan semula empat filem itu kepadanya. BH

Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker