Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan

Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin kerana menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu, yang sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi.

Penghakiman dibuat sebulat suara itu, Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf memutuskan pertuduhan dikenakan adalah cacat.



Stay up-to-date by following FMT’s Telegram channel
Justeru, keputusan itu membolehkan perbicaraan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melainkan Muhyiddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan memperoleh perintah penangguhan.

“Pertuduhan berkenaan tidak jelas. Tiada keperluan untuk memberikan butiran lanjut,” kata Hadhariah di kamar mahkamah dipenuhi yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bersatu dan penyokong.

Panel turut dianggotai Hakim Azmi Arifin dan Hakim SM Komathy Suppiah.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Muhyiddin membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.



Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Muhyiddin, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Tuduhan-tuduhan berkenaan, berkait program Jana Wibawa, mendakwa Muhyiddin berusaha mendapatkan RM232.5 juta untuk Bersatu.



Muhyiddin mengaku tak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada 10 Mac lalu. FMT

Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker