Tak dengar cakap, gantung 6 bulan – Speaker

Ahli Parlimen diberi amaran.

Tak dengar cakap, gantung 6 bulan – Speaker

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memberi amaran mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat selepas ini boleh digantung sehingga enam bulan.

Amaran itu dibuat selepas Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa diugut dan ditawar ‘habuan’ untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu telah dibantah oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan.

Susulan dakwaan Wan Saiful itu, Johari mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak membawa perkara ‘hearsay’ atau khabar angin ke dalam Dewan Rakyat.

Beliau menasihatkan sekiranya Ahli Parlimen tidak setuju dengan perkara seperti dakwaan Wan Saiful itu boleh membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Anda kecewa, emosi atau sebagainya tetapi saya perlu ‘run’ dewan ini. Saya tidak mahu mendengar perkara ‘hearsay’.



“Saya boleh gantung enam bulan sesiapa tak dengar cakap saya. Benda gaduh di luar jangan (bawa) masuk dalam dewan, selesaikan di luar,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Titah Diraja

Johari turut menasihatkan Ahli Parlimen untuk membawa perkara-perkara yang boleh diambil tindakan oleh kerajaan di Dewan Rakyat untuk menyelesaikannya. FMT

Tak dengar cakap, gantung 6 bulan – Speaker

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker