Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid

Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) yang meminda perlembagaan parti itu semalam sebagai balasan daripada Allah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ini kerana Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini bertindak membawa ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti tersebut.



“Saya fikir pindaan yang dibuat oleh parti berkenaan adalah balasan daripada Allah kerana dahulu Setiusaha Agungnya telah membawa Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti berkenaan.

“Kini, tanpa sebarang usaha pun daripada pihak UMNO dan BN, kita lihat enam orang daripadanya telah bersama menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pameran mini dan menyerahkan kit perniagaan Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) di Dewan Dato’ Lope Hashim di sini hari ini.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, meskipun Bersatu berusaha memastikan ahli Parlimen daripada partinya yang menyokong Anwar mengosongkan kerusi ia dilihat tidak mungkin berlaku.

“Biar pun mereka berusaha agar ahli Parlimen daripada partinya untuk mengosongkan kerusi tetapi sudah tentunya pengosongan kerusi ini tidak boleh berlaku kerana ia masih tertakluk kepada peraturan Parlimen Sendiri dan juga Perlembagaan Negara kita.

“Kerusi-kerusi itu adalah yang dahulunya dipegang oleh UMNO jadi kita akan mengadakan perundingan dengan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menentukan jika ada pengosongan kerusi terbabit,” katanya.



Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Agung Khas parti itu semalam memaklumkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu membolehkan enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Anwar diarahkan untuk mengosongkan kerusi mereka.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka masih kekal dengan keputusan menyokong Perdana Menteri.

Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). MG

Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker