Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut

Tindakan memandu secara melulu selepas bertengkar dipercayai menjadi punca mentua dan menantu maut dalam kemalangan apabila kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam laut dekat kolam ikan Payang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata dalam kejadian itu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 26 tahun bersama seorang lelaki dipercayai bapa mentuanya.

Beliau berkata, menurut saksi kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan mentuanya.



Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

“Ketika itu, saksi menyuruh mangsa menghantar bapa mentuanya balik ke rumah dan datang semula ke lokasi untuk mengambil ahli keluarganya yang lain yang turut sama berada di lokasi.

“Menurut saksi lagi, dia sendiri mengiringi mangsa ke kenderaan. Ketika dalam kereta, mangsa yang memandu manakala bapa mentuanya duduk di bahagian tempat duduk penumpang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Beliau berkata, pada masa sama tiba-tiba kereta itu dipandu secara melulu oleh mangsa dan terus terjunam ke dalam laut.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu bersama orang awam yang ada di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu Perodua Myvi yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabkan kenderaan terjunam ke dalam laut.



“Difahamkan mangsa bersama mentua dan keluarganya yang lain berada di kawasan itu untuk beriadah.

“Siasatan diteruskan dan mana-mana individu yang melihat kejadian ini, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Lahad Datu, Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.20 malam tadi, dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam laut dekat Jalan Batu 7, Kampung Payang, di sini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker