Pencarian baharu MH370, kerajaan setuju cadangan ‘no find, no fee’

SUBANG: Malaysia bersedia mempertimbang untuk memulakan semula pencarian pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kementeriannya juga bersedia untuk menjemput pihak firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity, ke Malaysia bagi membincangkan cadangan pencarian atas kapasiti ‘no find, no fee’ (tiada penemuan, tiada bayaran) seperti yang dicadangkan oleh waris mangsa tragedi itu.

“Saya akan bertemu mereka pada bila-bila masa jika mereka bersedia untuk datang ke Malaysia.

“Kerajaan Malaysia teguh dengan azam untuk mencari MH370. Saya berharap keluarga dan rakan-rakan mangsa akan terus tabah.

“Anda sentiasa berada dalam fikiran dan doa kami. Lebih penting lagi, kami akan berdiri di sisi anda,” katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati 10 Tahun MH370, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker