Alif Satar dan Sherry Alhadad dipilih hos bersama AJL 38

Alif dan Sherry digandingkan lagi selepas dua kali mengemudi AJL, iaitu pada edisi ke-32 dan ke-33.

KUALA LUMPUR: Sebagai kejutan saat akhir, artis versatil, Alif Satar, diumum pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 bersama Sherry Alhadad, pada siaran langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Pengumuman TV3 itu menjawab teka-teki dan spekulasi peminat mengenai kemungkinan Sherry yang sejak beberapa tahun lalu sinonim sebagai pengacara AJL, bakal ditemani hos gandingan.

Keputusan membawa Alif ke pentas AJL 38 sebagai pengacara dilihat menepati janji TV3 menjadikan acara anugerah berprestij kali ini, sebagai AJL Paling Ikonik.

Sebelum ini, Sherry diumum pengacara AJL 38 melalui program sensasi Melodi, terbitan TV3.



Malah, kemunculan Alif di pentas AJL 38, mengubat rindu peminat yang mahu Sherry dan artis serba boleh itu digandingkan lagi, selepas dua kali mereka mengemudi AJL, iaitu pada edisi ke-32 dan ke-33.

Diyakini mampu mengekalkan ‘chemistry’ sesama mereka, Alif dan Sherry bakal menambat hati penonton, baik di Axiata Arena dan di rumah, sebaik memulakan bicara pada acara anugerah bertemakan Muzikaverse itu.

Gandingan Alif dan Sherry yang dianggap pengacara ‘terpaling hot’ dan secocok, tentunya menjadikan edisi ke-38 AJL cukup istimewa dan bakal diingati peminat industri muzik tempatan.

Sebelum ini, kemunculan Alif di pentas AJL 38 sebagai hos, dirahsiakan TV3 bagi menambah kehangatan malam kemuncak anugerah pencarian lagu berprestij itu.



Pada AJL 37, Alif mencipta sejarah apabila penyertaan sulungnya di pentas berprestij itu bersama band, The Locos, melalui lagu Anugerah Terindah, meraih tempat ketiga. Single itu dicipta Alif, Romeo, Tam Cobain, Arwis manakala lirik dihasilkan Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Jangan lupa saksikan siaran langsung AJL 38 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, mulai jam 9 malam di TV3.

Peminat juga boleh mengikuti AJL 38 melalui strim secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul meneruskan penguasaan di pentas berprestij apabila mara ke pusingan akhir menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu.



Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai finalis AJL 38.

Bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang.

Lagu lain yang berjaya ke pentas AJL 38 termasuklah Sutera (Aisha Retno/Aisha Retno dan MFMF/Aisha Retno); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat).

Turut bersaing, Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong).



AJL 38 turut mempertaruhkan lagu duet, Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea Azizan).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker