Takut ‘dirembat’, geng RXZ mahu bawa motosikal tidur sekali dalam bilik hotel

“Bolehlah kak, bolehlah, takut hilang.” Demikian kata segelintir penunggang yang merayu untuk membawa motosikal Yamaha RXZ ke dalam bilik di sebuah hotel dekat Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan pengusaha hotel, Muna Mikail Lim dalam hantaran di Facebook berhubung ragam penunggang motosikal ketika menghadiri RXZ Fighter Gathering di Kuantan, semalam.

Menurut Muna, pada mulanya, dia berasa hairan namun mula memahami perkara tersebut apabila menerima lebih daripada satu permintaan.



“Antara ragam yang biasa kami terima, banyak yang minta nak bawa masuk ke dalam bilik. Kalau tak boleh, nak tumpang masuk dalam lobi pun jadilah.

“Apakan daya adik, memang tak boleh. Tempat akak ni bukannya ‘homestay’ (inap desa),” katanya.

Sementara itu, ketika melihat kondisi kenderaan itu di ruang parkir, Muna mengakui bahawa motosikal tersebut dijaga dengan sangat baik.

“Salah satu gambar motosikal RXZ yang sempat akak ambik. Tuan dia memang pandai jaga barang. Berkilat macam baru keluar kilang. Tiada cacat langsung,” ujarnya.



Justeru, Muna berharap supaya semua penunggang motosikal Yamaha RXZ berhati-hati di jalan raya dan mendoakan mereka agar selamat pergi dan pulang.

“Sayangilah juga orang tersayang dan diri sendiri macam awak sayangkan motosikal ini. Tolonglah jangan bawa laju-laju,” pesannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker