Suami rentung, “Saya sudah cuba terdaya selamatkan suami” – isteri

PETALING JAYA – Luluh hati seorang isteri apabila usahanya untuk menyelamatkan suaminya yang lumpuh daripada rentung akibat kebakaran gagal dalam kejadian di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Suata Pak Kana, 60, isteri kepada Nasir Yaakob, 60, yang rentung dalam kejadian kebakaran 16 rumah setinggan itu berkata, gerak hatinya untuk ke bilik air pada pagi kejadian namun menyelamatkan dirinya.

“Suami saya menyedari api di sebelah rumah sudah marak dan sempat jerit api-api, tetapi saya tidak sempat mengangkatnya yang lumpuh separuh badan keluar dari rumah sewa kami.

“Saya lihat jiran juga cuba memadam kebakaran yang berlaku, namun api terlalu marak,” katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Sementara itu, menantunya, Muhammad Azhary Ali Azhar, 33, berkata, dia dihubungi Suatu yang memaklumkan kediaman mereka terbakar dan mengorbankan bapa mentuanya kira-kira pukul 5 pagi.

“Ayah (bapa mentua) lama menghidap penyakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan. Mak (Ibu mentua) ada hubungi saya sekitar pukul 5 pagi maklumkan rumah mereka terbakar dan tidak ada orang dapat tolong ayah keluar dari rumah itu,” katanya.

Muhammad Azhary berkata, dia dan isteri serta anak tidak tinggal di rumah berkenaan dan ibu bapa mentuanya baru berpindah di situ kira-kira lima tahun lalu.

“Mak cuma maklumkan api ketika itu terlalu marak dan dia tidak mampu untuk mengangkat ayah. Saya ada meminta mak meminta bantuan jiran, namun ketika itu keadaan terlalu kelam kabut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki ditemui rentung dalam kebakaran 16 buah rumah setinggan di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 pagi.

Dalam kejadian itu, dua mangsa warga emas masing-masing berusia lingkungan 60-an ditemui rentung di bawah runtuhan bumbung rumah

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker