Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, kesal apabila ada segelintir pihak memanipulasi kenyataan mengenai anaknya sehingga menimbulkan salah faham.

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta berkata, kenyataan itu tidak benar dan boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap artis.

“Ada pihak dakwa saya kata anak T20, tapi anak orang lain B40. Saya tak pernah keluar kenyataan dan labelkan diri saya seperti itu.



“Saya tak tahu cerita ini dikeluarkan di portal mana, tapi saya rasa portal yang tidak bertanggungjawab.

Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

“Tapi, bila saya muat naik hantaran di Instagram (IG), ramai netizen tahu kenyataan berkenaan bukan daripada saya.



“Saya bukan nak cakap besar, tiada beza saya dan orang lain. Saya juga terpaksa bekerja, bukan duit turun dari langit.

“Saya bukannya baring dan tidur sahaja. Kenyataan tidak benar akan mengundang kecaman, orang cakap artis berlagak,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Che Ta memuat naik dalam laman sosialnya bertanya mengenai individu atau pihak yang mendakwa dia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur riak.

“Alhamdulillah, bertuah dia beranak atas dulang emas, mak kita bersalin atas katil kayu sahaja sebab B40. Kita tak cemburu cuma sakit hati dengan kata? Awak janganlah hina, kami B40 sedar diri, tapi nak tanya juga kain kafan untuk T20 lain ke dengan B40,” tulis kenyataan tersebut.



menafikan pernah membuat kenyataan sedemikian dan menyatakan bekerja keras menjana pendapatan sama seperti orang lain.

“Seperti hari ini saya baru sahaja pulang dari Kelantan menghadiri acara, kemudian ke pejabat sekejap ada mesyuarat dan terus ke sini.

“Jadi, saya tidak pernah bezakan saya dengan sesiapa. Demi Allah tak pernah. Apa yang saya peroleh hari ini adalah sokongan semua orang terutamanya B40.

“Awak ingat T20 nak layan kita, misalnya bila nak jual produk? Saya keluarkan produk mampu milik untuk semua orang rasa diri mereka disayangi dan cantik tanpa belanja tak masuk akal,” katanya.



Che Ta ditemui pada majlis perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli-belah My Town, di sini, petang tadi.

Selain itu, Che Ta muncul dalam sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan moderator, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Tambah Che Ta, dia juga mudah terusik, lebih lagi bila membabitkan anaknya, sekali gus menafikan terlalu memanjakan anaknya seperti didakwa.

“Saya muat naik dalam IG supaya orang tahu kenyataan ini bukannya daripada saya. Alhamdulillah, ramai memberikan komen positif.



“Orang ramai pun kenal saya sebab selalu buat ‘live’. Jadi, bila kenyataan ini keluar mereka tahu ia bukan daripada saya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker