Nilai Ringgit turun sejak 2015, dakwa Adam Adli

Nilai Ringgit turun sejak 2015, dakwa Adam Adli

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli memberikan penjelasan beliau tentang kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang sedang berlaku pada ketika ini.

Ringgit Malaysia berdepan dengan kejatuhan nilai berbanding dengan matawang dollar AS.



Membuatkan ramai yang menggesa agar kerajaan mengambil langkah pro aktif berkaitan dengan masalah ini.

Adam Adli ditemui oleh wartawan tentang kegusaran dan kebimbangan golongan belia ke atas nilai ringgit yang sedang susut.

Adam berkata: “Berkenaan nilai ringgit, beberapa hari lepas memang kita ada diberikan taklimat oleh Kementerian Kewangan dan juga BNM untuk kita lihat balik tentang apa yang sedang berlaku.

“Jatuh dan naik ringgit ini adalah isu serantau, bukannya hanya negara kita.



“Saya berpendapat kerajaan sudah pun berada di landasan yang tepat.”

Adam yakin kerajaan sudah mengambil beberapa langkah yang sangat baik dalam memperkasakan semula nilai ringgit secara global.

Ini termasuk National Energy Transition Plan (NETR) dan beberapa langkah lain yang menurut Adam Adli langkah yang sangat besar diambil kerajaan dalam memulihkan nilai Ringgit Malaysia.

Adam Adli menambah: “Itu antara langkah yang saya rasa akan menjadi pemangkin besar dalam usaha kita nak mengembalikan kekuatan ringgit Malaysia.”



Selain itu Adam Adli mendedahkan bahawa, ringgit sudah turun sejak 2015 lagi, di bawah kerajaan lama.

“Ringgit turun sejak 2015 lagi, sehingga ke hari ini, kita tak nampak lagi kenaikan yang signifikan. Dia stabil macam tu sahaja, turun naik turun naik tanpa ada lonjakan yang signifikan berbanding sebelum ini,” tegas Adam Adli lagi. Vc

Nilai Ringgit turun sejak 2015, dakwa Adam Adli

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker