Hezbollah serang tentera Israel dekat sempadan di selatan Lubnan

Hezbollah serang tentera Israel dekat sempadan di selatan Lubnan

BEIRUT: Kumpulan Hezbollah Lubnan pada Ahad mendakwa telah menyerang pasukan tentera Israel di selatan Lubnan menyebabkan ada yang terkorban.

Serangan itu berlaku di kawasan berhampiran dengan bandar Wazzani, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Hezbollah.

Hezbollah mendakwa anggotanya turut berjaya menyerang sistem pengawasan Israel berhampiran sempadan.

Israel belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu setakat ini.

Sementara itu, Agensi Berita Lubnan melaporkan Israel turut membedil bandar Al-Khiam, Marjaayoun dan Wazzani.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
Ketegangan kini memuncak di sepanjang sempadan antara Lubnan dan Israel sejak kedua-dua pihak mula berperang pada tahun 2006.

Ketegangan di sempadan itu berlaku di tengah-tengah serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 30,410 orang sejak 7 Okt lepas. Awani

Hezbollah serang tentera Israel dekat sempadan di selatan Lubnan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker