Zahid cadang tubuh perbadanan tanah Bumiputera

Zahid cadang tubuh perbadanan tanah Bumiputera

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan perbadanan tanah Bumiputera bagi meningkatkan pemilikan tanah komuniti itu untuk dimanfaatkan pada masa depan.

Zahid yang juga menteri pembangunan desa dan wilayah berkata langkah itu dapat membantu menjamin mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera sebagai asas kestabilan ekonomi dan pemeliharaan identiti kebangsaan.

“Adalah disyorkan, semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot-plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambungan, 20% daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan diurus tadbir melalui perbadanan ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutnya, langkah itu juga dapat menjamin keseimbangan demografi kaum dan mewujudkan kelangsungan kawasan usaha Bumiputera bagi pertanian, perindustrian, dan penempatan baharu.

“Langkah ini saya percaya dapat memberi pulangan dan peluang lebih besar kepada Bumiputera untuk memiliki sebahagian daripada aset tanah negara.

“Melalui perancangan teliti dan strategik, setiap kawasan usaha diharapkan memberi manfaat maksimum kepada komuniti Bumiputera, mencipta kelestarian ekonomi yang berterusan,” katanya.

Zahid juga mengesyorkan pembabitan Bumiputera dalam sektor pertanian tanaman makanan berskala besar, sama seperti ketika penubuhan Felda dan Felcra.

“Bagi menjayakannya, saya mencadangkan penubuhan sebuah entiti yang dapat memainkan peranan untuk mendanai dan membangunkan tanah-tanah Bumiputera atau tanah-tanah berkelompok milik Bumiputera yang berpotensi untuk diusahakan dengan tanaman makanan.

“Saya percaya melalui pendekatan yang sama, dalam tempoh beberapa tahun ke depan pengeluaran hasil pertanian makanan dalam negara akan dapat menampung keperluan domestik selaras dengan usaha keterjaminan makanan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan penubuhan waqaf kesihatan dan pendidikan Bumiputera.

“Ikhtiar ini juga sebagai usaha untuk mendepani isu-isu kenaikan kos perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada golongan seperti asnaf, warga emas dan kumpulan sasar yang terjejas,” katanya. FMT

Zahid cadang tubuh perbadanan tanah Bumiputera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker