Lelaki tolak kekasih dari tingkat 23 ditahan polis

Lelaki tolak kekasih dari tingkat 23 ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh kekasihnya dengan menolak mangsa hingga jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Selangor malam tadi.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.02 malam dari seorang lelaki yang juga saksi kejadian itu.

“Menurut saksi, dia terdengar pergaduhan wanita itu dan suspek sebelum nampak mangsa ditolak daripada tingkat 23 dan jatuh ke tingkat 7 di kondominium tersebut.

“Hasil siasatan pihak mendapati mangsa merupakan warga Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja. Mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih,” katanya dalam satu kenyataan.

Iqbal berkata, susulan kejadian itu polis menahan lelaki berusia 37 tahun di lokasi kejadian dan perintah reman terhadap suspek akan dipohon di Mahkamah Shah Alam pagi ini.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah, satu rekod berkait dadah dan hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif ganja,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 0122666025.

Terdahulu tular di media sosial X kejadian seorang wanita dilihat terjatuh dari sebuah kondominium dipercayai ditolak oleh seorang lelaki.

Mangsa dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. FMT

Lelaki tolak kekasih dari tingkat 23 ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker