Aman Palestin buka pula tabung rayu tampung kos mahkamah

Aman Palestin Berhad melancarkan Tabung Solidariti Kes Aman Palestin bagi menampung kos urusan mahkamah lebih RM2.2 juta selepas akaunnya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu hantaran di Facebook, pertubuhan itu meminta orang ramai membantu mereka membersihkan kembali nama baik Aman dan bebas daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Pada 15 Feb lalu, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut mengaku tidak bersalah atas 164 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, penipuan dan pecah amanah bernilai kira-kira RM39.53 juta.



Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa atas 52 pertuduhan pecah amanah harta milik Aman Palestin bernilai RM20,946,498.80 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Mereka juga didakwa secara bersama bagi 19 pertuduhan penipuan dengan memperdayakan Aman Palestin menyerahkan wang keseluruhan RM39,150,000 kepada Samudra Champa Sdn. Bhd (Samudra Champa) bagi pembelian emas seberat dua hingga 12 kilogram (kg).

Pada November lepas, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Bhd dengan jumlah keseluruhan RM15.87 juta susulan siasatan terhadap dakwaan pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai,

Pembekuan ini juga menyebabkan organisasi itu yang ditubuhkan sejak 2004, menutup 13 cawangannya daripada 20 cawangan di seluruh negara.



Pada 13 Februari, Pengurus Jabatan Media dan Dokumentasi Aman Palestin, Ismail Muhammad Jufri, dilaporkan berkata hampir 100 daripada 150 kakitangan diberitahu untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Susulan tindakan SPRM, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meminta suruhanjaya itu membenarkan Aman Palestin menghantar bantuan sebanyak RM10 juta kepada rakyat Palestin berikutan situasi di Gaza pada masa itu dijangka akan menjadi lebih buruk semasa musim sejuk.

Pada 1 Feb lalu, Aman Palestin merayu kepada mahkamah agr membatalkan pembekuan ke atas 11 akaun banknya.

Organisasi tersebut memerlukan lebih RM770,000 sebulan untuk menampung kos operasi dan pembayaran gaji kakitangannya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker