Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor

Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor

Adun Selat Klang dari Bersatu Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Rashid dalam satu kenyataan berkata beliau mengambil keputusan itu selepas meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira faktor utama.



“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat beberapa tindakan Perikatan Nasional yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilemparkan kepada raja-raja Melayu,” katanya.

Rashid adalah wakil rakyat terbaharu dari Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). FMT



Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker