Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir

Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir

PELAKON Ben Amir bersyukur dijauhkan daripada tindakan keji menggadaikan agama demi kemaruk kandungan tular dalam media sosial.

Kata Muhammad Amir Sabaruddin, 33, itu, dia tidak sanggup berbuat sedemikian yang dilihat sebagai perbuatan menjurus kepada tarikan kepuasan diri serta wang semata-mata.



Setiap hari aku bersyukur, aku tak jual agamaku demi duit dan konten,” tulisnya menerusi ciapan dalam platform X.

Biarpun tidak merujuk kepada individu mahupun peristiwa tertentu, ramai membuat spekulasi ciapan berkenaan berkaitan tindakan pempengaruh Hafiz Mahamad bersama stafnya bergelut mencium batu Hajar Aswad di depan Kaabah.

Perkongsian video yang dibuat sendiri ahli perniagaan sensasi itu mengundang kecaman netizen kerana disifatkan melampau, apatah lagi sehingga ihram dikenakan hampir terlucut.

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



Malah, perbuatan membantu ronbongan pekerja yang turut mengerjakan umrah dengannya dapat mencium batu tersebut ketika ramai lagi jemaah lain bersesak-sesak turut ditegur agamawan.

Menerusi ruangan, netizen dilihat menyokong kenyataan pelakon drama Jangan Lupa Janji itu yang menganggap perbuatan sebegitu boleh mencemarkan Islam

“Seratus peratus setuju. Dunia dah akhir zaman,” tulis seorang netizen.



“Zaman sekarang, asal namanya duit jual apa-apa pun sanggup. Jual agama, jual diri, jual anak. Hidup ini keras,” luah pelayar lain.

Terdahulu, tindakan Hafiz mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar jangan ibadah umrah sebagai bahan konten.

Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri



Hafiz kemudian menarik semula video berkenaan, selain menjelaskan perkongsian itu pertama kali dilakukan selepas tujuh kali mengerjakan umrah dengan pekerja syarikatnya.

Menurutnya, usahawan yang terkenal dengan sikap dermawan itu, tujuannya hanya mahu mewujudkan perasaan berani selain jangan ralat tidak dapat mencium Hajar Aswad atau solat di Hijr Ismail. HG

Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker