Piala Thomas: Axelsen ‘lipat’ Lee Zii Jia

Skuad Piala Thomas negara bermula dengan langkah kiri pada aksi terakhir Kumpulan D bertemu Denmark apabila pemain perseorangan pertama, Lee Zii Jia tidak berupaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, sebentar tadi.

Dalam aksi penentuan juara kumpulan di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech itu, Zii Jia tewas 16-21 di set pertama sebelum pemain negara yang menduduki ranking ke-10 dunia berkenaan tampak lebih berhati-hati pada awal set kedua sebelum beraksi lebih agresif pada baki lima mata terakhir.

Namun, Axelsen yang juga pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ternyata gagal digugat selepas memuktamadkan set kedua dengan keputusan 24-22 sekali gus memberi mata pertama buat Denmark.



Kemenangan terbaru itu menyaksikan Axelsen sudah memenangi enam daripada sembilan pertembungan antara mereka.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadual bertemu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan kedua selepas ini disusuli Leong Jun Hao yang bertemu Anders Antonsen.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker