Hadi utus warkah kepada Sultan Selangor

Hadi utus warkah kepada Sultan Selangor

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pejabat Presiden PAS dalam kenyataan ringkas memaklumkan, warkah bertarikh semalam itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani.



“Adalah dimaklumkan bahawa suatu warkah Menjunjung Kasih kepada DYMM Sultan Selangor diutus dan diserahkan kepada Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, bertarikh 4 Mac 2024. Menjunjung Kasih Tuanku,” menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Abdul Hadi.

Pada 29 Februari lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

Menurut Muhamad Munir, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.



Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Baginda turut menasihatkan supaya Abdul Hadi lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan beliau yang boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini. BH

Hadi utus warkah kepada Sultan Selangor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker