Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India

Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India

Bengaluru: Polis India menahan tiga suspek dan memburu empat lagi yang dituduh menyerang dua pelancong asing dan merogol mangsa wanita secara bergilir-gilir di negeri Jharkhand, menurut pihak berkuasa dan pasangan mangsa terbabit.

Polis menemukan pasangan warga Sepanyol itu kira-kira 11 malam waktu tempatan pada Jumaat di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul, kata Superintendan Polis Dumka, di timur India, Pitamber Singh Kherwar, kepada pemberita pada Sabtu lalu.



“Salah seorang suspek yang ditahan mendedahkan nama suspek lain yang terbabit kepada pihak berkuasa dan makmal sains forensik membantu kami melakukan sisatan,” katanya.

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai jenayah terbabit atau mendedahkan identiti mangsa



Selain itu katanya, kedua-dua mangsa membuat aduan polis terhadap perbuatan jenayah membabitkan tujuh lelaki.

Pasangan berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Vicente dan Fernanda kepada stesen televisyen Sepanyol, Antena 3, dalam temu bual menerusi video pada Sabtu, mendakwa Fernanda dirogol dan Vicente dipukul berulang kali.

Menurut pasangan itu, mereka berkhemah di kawasan di mana mereka diserang kerana tidak berjaya mendapatkan hotel berdekatan.

“Mereka merogol saya secara bergilir-gilir dengan ada antara mereka memerhatikan dan ini berlarutan selama sekitar dua jam,” kata Fernanda yang memiliki dwikewarganegaraan Brazil-Sepanyol, dalam temu bual terbabit.



Awal minggu ini, pasangan berkenaan menyiarkan video menceritakan apa yang berlaku dalam akaun Instagram bersama mereka, di mana ia memaparkan imej mengenai pengembaraan mengelilingi dunia menunggang motosikal kepada hampir 200,000 pengikut, tetapi video berkenaan sudah dikeluarkan.

Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan selepas mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000 kilometer.

Dalam video baharu, Vicente dan Fernanda, yang tampil dengan muka yang cedera, berterima kasih kepada pengikut mereka atas sokongan yang diberikan.

Kementerian Luar Sepanyol berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan dan berhubungan dengan pihak berkuasa, manakala Kementerian Luar Brazil sudah menghubungi pasangan itu menerusi kedutaannya di New Delhi bagi memberi bantuan. HM



Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker