Amira Othman kerap ditanya…..

Amira Othman kerap ditanya…..

Tidak mengelak apabila sering ditanya mengenai jodoh, penyanyi Amira Othman, 31, mengakui sehingga kini dia masih belum ada bayangan siapakah lelaki akan bergelar suaminya suatu hari nanti.

Amira berkata, dia sebenarnya takut nak komen banyak kali mengenai jodoh sendiri kerana ia perkara yang tidak boleh dijangka, termasuk bimbang akan disalah erti sebagaimana kisah lelaki berjambang sebelum ini.



“Saya tahu selagi tidak berkahwin, pasti akan terus ditanya mengenai soal jodoh ini. Jadi, saya mohon daripada semua agar doa-doakanlah jodoh untuk saya.

“Buat masa sekarang memang belum ada lagilah. Tak nampak bayangnya (calon) siapa. Samar-samar pun tak ada, memang tak nampak bayang langsung,” katanya.

Menurut Amira, gara-gara berkongsi ciri-ciri pasangan diinginkan yang menyebut lelaki berjambang, dia hingga kini masih diusik kebanyakan peminat lelaki ditemuinya.

“Baru-baru ini ketika hadir ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38) ada peminat lelaki yang ingin ambil gambar dengan saya mengusik bahawa dia sudah menyimpan jambang.



“Situasi usik-mengusik ini jadi kelakar pada saya hanya disebabkan kenyataan berkaitan lelaki berjambang yang pernah dikongsikan itu. Dah jadi bahan jenaka pula,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman ini berkata, jika dia bekerjasama dengan lelaki di dalam satu program atau iklan produk hanya atas dasar kerja saja dan sama sekali tidak berlarutan sehingga di luar urusan kerja.

Difahamkan baru-baru ini nama Amira terkait gosip dengan bapa tunggal, Raf Yaakob selepas bekerjasama dalam iklan produk kopi apabila video mereka tular di media sosial.

Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik, namun Raf sudah tampil membuat penjelasan bahawa video tular itu sekadar kerjasama masing-masing dalam satu iklan produk kopi.



Amira yang pernah popular dengan lagu Hati-Hati dan Jaga- Jaga menyifatkan gosip antaranya dan Raf itu muncul secara kebetulan disebabkan kebanyakan orang menonton iklan produk itu separuh dan tak sampai habis. HM

Amira Othman kerap ditanya…..

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’



Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker