Filem Sarimah bukan lagi haknya

Pemegang salinan asal filem Sarimah ada bukti kontrak.

Filem Sarimah bukan lagi haknya

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan proses menukar hak milik empat filem milik bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad menerusi syarikat produksi, Sarimah Film Production perlu mengikut saluran undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib memaklumkan bukti itu diperoleh selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan pemegang salinan asal filem, Selasa lalu.



“Alhamdulillah, saya bersama Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez dan pasukan FINAS sudah bertemu dengan pemegang salinan asal filem, Selasa lalu.

“Dalam pertemuan ini secara asasnya mereka memberi penjelasan dan menunjukkan bukti bertulis kepada kami.

“Memang terbukti ada kontrak dan dalam kontrak juga terdapat tandatangan Sarimah dengan syarikat pertama yang mengambil hak cipta empat filem berkenaan.

“Terdapat dua kontrak ditunjukkan iaitu satu kontrak membabitkan Sarimah dengan syarikat pertama. Satu lagi kontrak antara syarikat pertama dengan pemegang salinan asal filem ini sekarang,” katanya kepada HIP.



Sebagai tindakan susulan, Azmir memberitahu, FINAS akan memanggil syarikat pertama yang membuat perjanjian dengan Sarimah untuk mendapatkan butiran lanjut mengenainya.

“Kami akan panggil pengusaha syarikat yang disebut Sarimah sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perjanjian dibuat.

“Tujuan pertemuan ini kerana kami mahu menunaikan permintaan Sarimah yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut kenapa empat filem diambil individu berkenaan.

“Kalau kita baca balik kenyataan yang dikeluarkan, Sarimah mempersoalkan tindakan individu terkenal yang memungkiri janji untuk memulangkan semula empat pita filem jika benar tujuan filem diambil kerana ada kaitan dengan soal hutang,” jelas Azmir.



Dalam pada itu, Azmir memaklumkan dua daripada empat salinan asal filem itu perlu melalui proses pemulihan disebabkan kondisinya sudah terlalu lama.

“Hanya dua sahaja yang boleh ditayangkan, manakala bakinya perlu direstorasi sebab ia filem lama. Mungkin FINAS boleh bantu macam mana kita boleh restorasikan balik filem lama.

“Kami akan bincang dengan syarikat yang memegang salinan asal filem ini. Setakat ini, mereka memberi kerjasama baik dengan FINAS.

“Mereka pun tahu filem ini milik seorang legenda tanah air dan bagaimana berharganya filem ini kepada Sarimah dan sedia membantunya,” katanya.



Terdahulu, Sarimah dilapor mahu individu terkenal mengembalikan pita asal empat filemnya iaitu Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum beliau menutup mata buat selama-lamanya.

Sarimah mendakwa, pita asal empat filem terbabit yang disifatkan amat bermakna, diambil seorang penerbit pada hari kematian suaminya, Allahyarham Yusof Majid pada 1988.

Beliau mendakwa, individu terbabit memungkiri janji apabila tidak memulangkan empat filem berkenaan kepadanya.

Rentetan luahan dibuat teraju utama filem Madu Tiga itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan FINAS dilapor memberi jaminan akan meneliti dakwaan Sarimah termasuk mendapatkan maklumat dan perincian lebih jelas. BH



Filem Sarimah bukan lagi haknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker