Kecoh kerana berselendang, ini jawab Hannah Yeoh

Kecoh kerana berselendang, ini jawab Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Malaysia perlu berusaha memupuk perpaduan selepas dia dipersoalkan kerana berselendang ketika menghadiri sebuah majlis di Universiti Monash di Australia, ketika menjadi sebahagian daripada anggota rombongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sebelum majlis pada Isnin lalu itu, dia telah menghadiri satu acara lain di Kolej Al-Taqwa, sebuah sekolah Islam di Melbourne, yang memohon wanita supaya menutup rambut mereka.



Memandangkan wakil dari Universiti Monash tiba lebih awal, dan kerana tidak mahu lewat, Yeoh berkata dia tidak mempunyai masa untuk mendandan rambutnya, sekali gus membuat keputusan untuk terus berselendang.

“Keputusan mudah dan saya sedih kerana ini terpaksa dijelaskan di Facebook.

“Sebagai wanita, saya juga tidak mahu muncul dalam gambar media dengan rambut kelihatan kusut masai dan tidak terurus. Tolong hormati pilihan saya,” katanya di Facebook semalam.

Menteri itu berharap keputusannya berselendang semasa acara tertentu tidak lagi dijadikan isu.



Pada 2021, Yeoh dikritik oleh rakan partinya, dari DAP, Dr Boo Cheng Hau kerana bertudung semasa lawatan ke masjid.

Boo mengibaratkannya sebagai percubaan untuk “memenangi hati orang Melayu”.

Dalam respons kepada Boo, Yeoh, yang beragama Kristian, berkata bertudung di masjid tidak mengubah kepercayaannya.

Mengulas lanjut mengenai isu baru-baru ini, Yeoh menjelaskan bahawa sebagai sebahagian daripada anggota rombongan perdana menteri, mereka perlu hadir lebih awal daripada perdana menteri sendiri.



Mengikut jadual asal, dia mempunyai masa luang selama 15 minit sebelum mesyuarat dengan Universiti Monash bermula. Justeru, ini akan memberinya lima minit untuk mendandan rambutnya.

Bagaimanapun, mesyuarat itu kemudiannya dipercepatkan 10 minit berikutan ketibaan awal wakil universiti berkenaan, katanya.

“Saya berselendang sebagai menghormati rakan-rakan beragama Islam di tempat suci mereka. Saya memilih untuk terus berselendang kerana tidak mahu lewat untuk pertemuan dengan Monash dan perdana menteri.

“Ketepatan waktu dan protokol amat penting bagi saya,” katanya. Mk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker