Pasar raya Mydin terbakar menjelang Ramadan [VIDEO]

KEADAAN kebakaran di pasar raya Mydin di Manjoi malam tadi

Pengunjung pasar raya Mydin di Manjoi di sini terpaksa mengosongkan premis dalam keadaan cemas berikutan berlaku kebakaran di tingkat dua bangunan itu petang semalam

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 6.45 petang itu disedari selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.

Terdapat kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung dipercayai berada di dalam premis berkenaan ketika kejadian.

Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak di tingkat dua bangunan yang menempatkan seksyen pakaian, barangan elektrik dan keperluan harian.



Buat masa sekarang, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker