Elly menggigil dicabul ustaz

Dia meraba pada bahagian atas dan bawah alat sulit.

Elly menggigil dicabul ustaz

Pengacara dan pelakon, Elly Arifin mendakwa pernah dicabul seorang pengamal perubatan Islam bergelar ustaz ketika mendapatkan rawatan, dua tahun lalu.

Elly atau nama sebenar, Nurul Elyana Kamalul Arifin mendakwa, ustaz berkenaan bertindak memasukkan tangan pada bahagian sulitnya ketika berada dalam keadaan separuh sedar.



“Pada 2022, saya dicabul oleh seorang ustaz yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarga saya. Memang tak terfikir boleh berlaku kejadian seperti ini.

“Ketika itu, mak suruh saya berjumpa dengan ustaz untuk berubat, lebih kepada hendak pulihkan semangat. Jadi, saya pergi seorang diri ke rumahnya, saya hanya pakai ‘sweater’ dan seluar besar.

“Ketika berubat, saya minum air yang dibaca oleh ustaz dan kemudiannya, saya dapat rasa tangan meraba pada bahagian atas dan bawah alat sulit dalam keadaan saya separuh sedar.


Baca Artikel Menarik

Ruhainies Dipetik Dakwaan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz?




“Dia sentuh dan seluk pada bahagian tanpa lapik. Namun, saya tak mampu terus melawan, hanya perlahan-lahan tolak dan mengelak,” katanya ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Korsakoff di TGV Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Tambah Elly, apa yang membuatkan dirinya kurang senang apabila ustaz berkenaan memintanya tidak bercerita kepada keluarga mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, bekas pengacara program hiburan, HLive itu berkata, dia sudah membuat laporan polis dan ustaz berkenaan sudah mengaku bersalah di mahkamah.



“Saya buat laporan polis tiga hari selepas kejadian. Dia sudah didakwa dan mengaku bersalah di mahkamah serta bayar denda.

“Jadi, kes ini sudah ditutup sebab tak nak panjangkan lagi isu ini.


Baca Artikel Menarik

The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul




“Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak mahu ingat sebab sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu.

“Setiap kali teringat saya akan menggigil, tapi lama kelamaan saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini.

“Sebab itulah saya buka mulut bercerita agar jadi pengajaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elly buat kali pertama diberi peluang menggalas watak utama dalam filem Korsakoff yang bakal menemui penonton di saluran Astro First bermula 14 Mac ini.



Selain Elly, filem terbitan D Alpha Legacy itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Iqram Dinzly, Azhan Rani, Erra Fazira dan Ning Baizura. BH

Elly menggigil dicabul ustaz

Baca Artikel Menarik:

Kami kena scam – Aman Graseka



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker