Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer

Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer

Puas menahan sabar, pelakon Datuk Aaron Aziz membuat laporan polis terhadap empat pemilik akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan menggunakan namanya.

Kata pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 48, tindakan pihak tidak bertanggungjawab atau scammer mengambil kesempatan itu perlu diberikan pengajaran.



“Assalamualaikum, siapa yang lihat hantaran saya pagi tadi (semalam), saya sudah buat laporan polis. Scammer ada di mana-mana sekarang ini.

Bella Astillah minta cerai

“Nak hidup senang tanpa usaha. Kepada empat (pemilik) akaun ini kalian tunggulah nasib kamu semua. Dapatlah saya duit raya lebih tahun ini,” katanya dalam hantaran Instagram.



Pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi video menunjukkan salinan laporan polis yang difahamkan dibuat di sebuah balai polis di Lembah Klang, semalam.

Menerusi rakaman video terbabit, dia menyatakan tindakan tersebut adalah sebagai usaha mengekang kedegilan scammer berterusan menipu orang ramai.

Dalam hantaran lain, Aaron menzahirkan rasa kesal apabila sikap diamnya sebelum ini membuatkan penipu terus pijak kepala.

“Dulu kau buat aku diam, bagi kau peluang minta kau sedar sikit. Hari ini kau buat lagi.



“Esok (hari ini) mula Ramadan bulan baik, tapi esok juga kau akan aku bagi ‘kaw kaw’.

“Jangan anggap sikap baik hati aku sebagai satu kelemahan,” luahnya lagi.

Menerusi semakan dalam ruangan komen menunjukkan nama, wajah serta identiti pelakon bertubuh sasa itu digunakan tanpa izin untuk mempromosikan pelbagai produk. K Online

Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker