Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Apa punya alasan.

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

“Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.”

Demikian kata salah seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z mengenai hubungan antara Aliff Aziz dan Ruhainies di lokasi penggambaran drama Terjerat.



Menurutnya, pasangan pelakon itu juga mempunyai panggilan ‘baby’ selain kelihatan lebih akrab berbanding hubungan dengan pelakon lain.

“Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.

“Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad




Menurut Mr Z, pasangan itu juga pernah beberapa kali dilihat datang ke lokasi penggambaran bersama biarpun ‘call time’ mereka berbeza.

“Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

“Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu,” katanya.



Menurutnya, tindakan Bella menarik diri daripada terbabit drama itu adalah satu keputusan yang bagus.

“Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan,” katanya.


Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel



Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan


Terdahulu, dilaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini. HM

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker