Syed Saddiq ikut Muhyiddin kerana mahu jadi releven semula

Penganalisis berpendapat, penyertaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam siri jelajah Perikatan Nasional (PN) ke seluruh negara mungkin antara usahanya untuk menonjolkan dirinya semula dalam persada politik.

Salawati Mat Basir daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, langkah menggunakan platform PN mungkin cara selamat bagi bekas presiden Muda itu untuk menjadi kembali relevan setelah dilihat semakin diketepikan dalam pelbagai isu.

“Beliau berbakat, tetapi terlalu ghairah dan tidak berhati-hati semasa jadi menteri, maka nasibnya malang selepas itu.



“Mungkin satu-satunya cara selamat untuk Syed Saddiq menonjolkan kembali dirinya adalah bersama PN, jadi beliau cuba lakukan.

“Tidak salah, cuma kita tunggu sama ada rakyat mahu dengar atau tidak,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya, Syed Saddiq sebenarnya telah terlepas peluang memenangi hati rakyat yang kini mahukan penyelesaian sesuatu isu, bukan sekadar penjelasan.

“Pada masa ini, orang cuma nak lihat apa tindakan kerajaan dalam menangani kos sara hidup. Buang masa ‘menjelajah’ sahaja kalau rakyat tak datang.” katanya.



Sementara itu, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, langkah menyertai jelajah PN tidak akan memberikan nafas baharu buat Syed Saddiq, namun mampu mewujudkan “situasi menang-menang” antara Muda dan PN.

Hal ini kerana parti itu memerlukan dukungan gabungan yang kuat setelah “ditolak” Pakatan Harapan (PH), katanya.

“Tak banyak pilihan Muda untuk memilih (sertai) jelajah PN ini. Dalam hal ini, Muda akan mendapat sokongan PN; begitu juga PN, yang sukar untuk menarik pengundi bukan Melayu, akan dibantu Muda,” katanya.

Semalam dilaporkan Ahli Parlimen Muar itu berkata, jelajah bersama yang diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tempoh hari sebagai “kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara”.



Katanya, beliau akan bertemu kepimpinan Muda bagi memberi penjelasan berhubung siri jelajah yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri itu, serta meminta kebenaran parti untuk menyertainya.

Terdahulu, Amira Aisya Abd Aziz selaku pemangku presiden Muda memaklumkan hal jelajah bersama PN itu tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Amira berkata, Muda hanya mempunyai komitmen bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi mengangkat isu rakyat merentas agama, bangsa, dan warna kulit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker