Kejam! Wanita Rohingya, anak dibakar di taman permainan di Cheras

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Seorang lelaki Rohingya berkata, isterinya dan anak lelaki dua tahun mereka disimbah minyak sebelum dibakar individu tidak dikenali di sebuah taman permainan di Cheras Jumaat lalu.

Zaber Sultan Ahmad, 36, berkata isterinya Asuma keluar kira-kira 10 malam untuk mengambil tiga anak lelaki mereka yang menghadiri kelas agama di madrasah.

Katanya, saksi memberitahunya Asuma dan anaknya ke taman permainan dekat rumah mereka sekitar 10.30 malam untuk bermain dengan kanak-kanak lain dari madrasah itu.

Beliau mendakwa dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal kemudian melompat ke atas penghadang taman permainan itu dan menyimbah minyak ke atas Asuma, yang mendukung anak mereka berusia dua tahun, Ajis sebelum membakar mereka.



“Saya terdengar jeritan. Saya bergegas ke taman permainan, namun sudah terlambat,” kata Zaber sambil menangis.

Menurutnya, orang ramai di taman permainan itu membantu memadamkan api dan seorang individu membawa Asuma serta Ajis ke Hospital Ampang.

Zaber berkata, Asuma yang melecur di muka, tangan dan badan masih tidak sedarkan diri serta dirawat di unit rawatan rapi.

Ajis dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.



Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, dua suspek sudah dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Zaber tinggal di Malaysia selama 14 tahun dan bekerja rencam, biasanya mengimpal pintu dan jeriji.

Katanya, beliau dan keluarganya ialah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker