Bella jual batang buruk

Dia juga jual biskut red velvet.

Bella jual batang buruk

Demikian kongsi penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengenai aktivitinya sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurut Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kesemu kuih yang dijualnya merupakan resipi turun-temurun keluarganya.



“Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil, jadi tahun ini saya jual kuih raya.

Saya buat semua sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Antara yang saya buat ialah biskut red velvet dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza daripada batang burung di sini (Semenanjung),” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran Absolute Bazaar baru-baru ini.

Selain rancak menjual kuih raya, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu memaklumkan kerjayanya sebagai anak seni tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.



Kerja memang ada tetapi saya kena juga luangkan masa dengan anak.

“Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan pada saat akhir. Kelam-kabut, boleh pening dan demam dibuatnya,” ujarnya.

Ditanya mengenai lagu Diari Ramadan Rafique yang menjadi siulan setiap kali Ramadan tiba, Bella berkata, ada perancangan untuk merakamkan semula lagu berkenaan memandangkan versi lama dirakam ketika usianya 12 tahun.

Lagu itu sudah lama tetapi setiap kali bulan puasa mesti ada yang baru tahu bahawa sayalah penyanyinya sedangkan hampir setiap tahun viral.



“Saya merakam lagu itu ketika berusia 12 tahun. Jika ada kesempatan dan rezeki mungkin saya akan rekod semula lagu tersebut,” katanya lagi.

Terbaharu, nama Bella menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak Sabtu lalu apabila Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara. HG

Bella jual batang buruk

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?



Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker