Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Khalwat Aliff Aziz, Aisyah minta netizen ‘puasa’ sebar aib orang

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Henti sebar cerita khalwat abang saya - Aisyah

Menggemparkan industi hiburan, natijah kes tangkap khalwat pelakon Aliff Aziz bersama Ruhainies turut memberi tamparan hebat cukup kuat kepada keluarga kedua-dua pihak.

Berat namun adik kepada selebriti asal Singapura yang juga penyanyi, Aisyah Aziz mengakui terpaksa berdepan situasi tersebut dengan hari terpaksa tanpa menghukum mana-mana pihak kerana sedar perbuatan menyebarkan cerita buruk orang lain tanpa kesahihan merupakan satu kepuasan bagi sesetengah pihak.



Bella Astillah minta cerai

“Kami sekeluarga menerima tamparan hebat, bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu.

“Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” luahnya dalam Instagram Story.



Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu berhubung kes membabitkan abangnya itu.


Baca Artikel Menarik:

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama


Aisyah juga menyatakan insiden yang menimpa darah dagingnya itu mungkin boleh terjadi kepada sesiapa pun.



Malah kongsinya lagi, setiap insan mempunyai kekurangan, namun Allah menutup aib hamba-Nya, sekali gus meminta masyarakat tidak menjadi golongan penyebar aib orang lain.

“Tapi saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya.

“Kita semua ada kekurangannya. Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, (jadi) janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib
orang lain,” ujarnya.

Pada awal pagi Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies yang digandingkan dalam drama Terjerat ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.




Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan


Mereka yang ditahan di pejabat agama pada awal pagi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada petang hari sama, sementara menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi. K Online



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel

Bukan tangkap basah – Ruhainies



Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker