A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun ‘blacklist’ (senarai hitam) pelakon Ruhainies dari berlakon dalam produksi miliknya selepas ini.

Kata A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 54, dia mengambil keputusan itu untuk memberi pengajaran kepada artis lain.



“Saya tidak mahu ambil dia (Ruhainies) berlakon dalam produksi lagi selepas ini.

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

“Saya tidak mahu isu dirinya (Ruhainies) didakwa ditangkap berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz itu memberi kesan kepada drama atau telemovie terbitan produksi,” katanya kepada Harian Metro.



Mengenai Ruhainies lagi, kata A Aida, pelakon itu sepatutnya terbabit dengan penggambaran telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya untuk Salam HD @unifitv pada April nanti.

“Pihak produksi juga sudah tetapkan tarikh untuk penggambaran tetapi dia (Ruhainies) belum tanda tangan kontrak.

“Bagi saya isu yang dikaitkan dengannya itu serius dan dia terpaksa akur namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Bella Astillah tarik diri



“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang bermasalah, saya akan ‘blacklist’,”katanya.

Ditanya artis yang akan menggantikan Ruhainies pula, kata A Aida, dia akan mengambil pelakon Bella Astillah untuk berlakon dalam produksinya nanti.

“Saya juga mahu menjaga hubungan baik dengan Bella.



“Saya pun baik dengan Bella dan tidak elok jika saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku membabitkan mereka,” katanya.

Terdahulu, A. Aida memuat naik hantaran di media sosial miliknya untuk meluahkan perasaan kesal kepada seorang pelakon yang pernah dianggap pelakon kesayangannya.

“Sebak bila mengenangkan nasib artisku yang tidak putus-putus diberi ujian. Dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu takda orang lain ke nak mengorat, sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku, tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tulisnya dengan hashtag blacklist. HM

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis



Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker