Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Shahrol Shiro tersilap hantar anak ke sekolah berlainan

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

KLUANG: Pelawak terkenal, Shahrol Shiro, tersilap menghantar anaknya ke sekolah berlainan dan hanya menyedarinya selepas beberapa jam, pada hari kedua sesi persekolahan dibuka.

Gelagat Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi tular di media sosial selepas beliau merakamkan kesilapannya itu, ketika mengambil semula anaknya yang berusia tujuh tahun.



Shahrol berkata, beliau tidak menyedari menghantar anaknya, Rizqi atau Iqi ke sekolah yang berlainan, berikutan proses kemasukan dan pendaftaran diuruskan isterinya pada Ahad lalu.

Beliau hanya menyedari kesilapannya itu selepas guru sekolah berkenaan menghubunginya semula, memaklumkan anaknya dihantar ke sekolah yang silap, selepas beberapa jam.

‘Saya harap cikgu sihat hingga umur sama dengan markah karangan saya hari ini’

“Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukan anak ke darjah satu. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut.



“Semalam saya hantar anak ke sekolah, namun lepas beberapa jam hantar Iqi, saya dapat panggilan telefon daripada pihak sekolah. Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya ayah tersalah hantar anak ke sekolah lain.

“Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia sebelum ini.

“Terus dia jumpa cikgu beritahu dia tersilap sekolah. Apabila guru memeriksa tanda namanya berlainan dengan murid di situ, Iqi dihantar ke pejabat sebelum sekolah menghubungi saya.

“Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah ya Iqi. Terima kasih cikgu-cikgu yang membantu,” katanya dalam muat naik di akaun Facebook, semalam.



Dalam klip tular berdurasi seminit 10 saat itu, Shahrol menjelaskan, beliau menerima panggilan daripada guru di sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Kluang, selepas beberapa jam menghantar anaknya ke sekolah.

Sedangkan anaknya didaftarkan isteri di SK Tunku Mahmood, Kluang.

Guru sekolah berkenaan dilihat turut menegur kecuaian Shahrol sambil menyatakan anaknya seorang yang bijak kerana menyedari berada di sekolah yang silap sekali gus memaklumkan guru kelas dihadirinya. BH

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker