Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

TERUS berdepan kecaman susulan kes khalwat, pelakon Ruhainies mengambil pendekatan berdiam diri berbanding membalas caci maki yang dihamburkan terhadapnya dalam media sosialnya.

Pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu bagaimanapun sekadar berkongsi kata-kata hikmah termasuk mengenai empat golongan manusia yang haram disentuh api neraka iaitu Hayyin, Qarib, Layyin dan Sahl dalam Instagram Story.



Walaupun tidak memperincikan butiran lain berkenaan hantaran tersebut, perkongsiannya tetap menarik perhatian ramai.

Menerusi paparan terbabit, golongan Hayyin ditunjukkan membawa maksud orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir mahupun batin selain tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.

Qarib pula adalah individu yang akrab, ramah diajak bicara selain menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.

Manakala Layyin merujuk kepada pemilik sikap lembut dan santun, baik bertutur kata atau sikap, tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu serta selalu menginginkan kebaikan sesama manusia.



Golongan akhir yang disertakan dalam hantaran tersebut adalah Sahl iaitu orang yang tidak mempersulit sesuatu selain selalu ada cara untuk selesaikan setiap masalah.

Menerusi perkongsian terdahulu, Ruhainies menunjukkan pula kata-kata berkenaan kebencian terhadap seseorang selain reda Allah terhadap hamba-Nya.

Biarpun dilihat sekadar perkongsian biasa, ada dalam kalangan netizen seakan-seakan tidak berpuas hati dengan tindakannya apabila meninggalkan pelbagai respons kasar pada ruangan komen hantaran terbabit.

Rata-rata menempelak pelakon drama Terjerat itu yang disifatkan tidak menunjukkan contoh baik seperti perkongsian dibuat.



Status awak penuh dengan perkara berkaitan Allah tapi sendiri tak jalankan kewajiban sebagai muslim. Apa tujuan status itu? Nak cakap aib, sendiri buka aib,” luah netizen.

Ruhainies sudah menutup semua ruangan komen Instagramnya, kecuali satu hantaran berkaitan kata-kata hikmah.

Sejak awal pagi Sabtu lalu nama pelakon sensasi itu menjadi bualan selepas dia dan aktor Aliff Aziz ditahan Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kedua-dua pelakon terbabit mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhenti mencetuskan spekulasi tidak benar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. HG



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker