Polis siasat video tular dua anggota trafik didakwa peras ugut RM500

Polis siasat video tular dua anggota trafik didakwa peras ugut RM500

POLIS kini menjalankan siasatan terhadap dua anggota polis trafik yang dipercayai melakukan pemerasan selepas video mereka tular di laman sosial Facebook, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner S. M. M. Kumar berkata, pemeriksaan mendapati hantaran video tersebut turut diulas melalui artikel di laman sesawang Mothership pada Isnin.



Beliau berkata, menerusi hantaran yang tular, penama dipercayai Irene Tan telah diarahkan untuk membayar wang bernilai RM500 atau 142 dolar Singapura kepada dua anggota polis dari Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

“Perkara tersebut dipercayai dilakukan bagi mengelakkan dari tindakan saman diambil di atas kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan Check Point 8A, arah Johor Bahru ke Singapura pada 8.15 malam, Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mangsa berhubung insiden tersebut.

Kumar berkata, permohonan rasmi telah dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru bagi mengesan pemilik Faceboook Sage dan Irene Tan bagi membantu siasatan.



Kes kini disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Orang ramai yang mempunyai mempunyai makumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599.

Polis siasat video tular dua anggota trafik didakwa peras ugut RM500



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker