Makbul doa isteri Konstabel Iskandar

Makbul doa isteri Konstabel Iskandar

Kapit: Selepas sembilan hari pencarian, mangsa terakhir kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit pada 7 Mac lalu, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, yang berasal dari Kelantan, ditemui terapung oleh orang awam kira-kira 11.30 pagi.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan Teluk Seputin, tujuh kilometer (km) di hilir lokasi bot karam.

Menurutnya, mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Kapit untuk proses bedah siasat yang akan diadakan pada Isnin depan.

“Bedah siasat dijadual pada jam 8 pagi, 18 Mac dan selepas urusan selesai, jenazah arwah akan diterbangkan untuk urusan pengebumian di kampung halamannya di Kelantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, isteri arwah, Anis Nur Ezzati dalam catatan di Facebook memohon doa orang ramai agar suaminya itu ditemukan, walau dalam apa juga keadaan.



Dalam kejadian jam 5 petang, 7 Mac lalu, bot yang dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh, berdekatan jeti SK Lepong Baleh, dengan seorang mangsa berjaya diselamatkan, manakala empat lagi termasuk dua anggota polis hilang dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis iaitu Sarjan Jonathan Lambet dan Iskandar dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit kerana mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram. HM

Makbul doa isteri Konstabel Iskandar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker