‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’

‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’

Ampang: “Takkan sebab saya tak boleh makan, baba pun tak boleh makan juga. Takkan sebab kami tak boleh makan, orang dekat sana pun tak makan. Makanlah tetapi jangan lupa doa dan jangan lupa sumbang (untuk rakyat Gaza).”

Itu jawapan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Haura’ yang berusia lima tahun ketika menjawab pertanyaan bapanya jika dia baik saja kerana di Malaysia mempunyai pilihan makanan ketika berbuka puasa.



Sebagai suami dan bapa, hati Muhammad Nadir Al-Nuri tidak tenang mengenangkan keadaan isteri, Reem Al-Minawi dan tujuh anak mereka yang kini berlindung di sebuah rumah di Rafah namun dia tetap menguatkan hatinya.

Berkongsi cerita, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, ketika ini, isteri dan anaknya hanya menjamah makanan dalam tin untuk berbuka puasa dan Haura’ meluahkan Ramadan kali ini tidak seperti biasa.

“Ramadan kali ini memang tidak seperti biasa, sebelum ini ada hidangan tetapi kali ini memang makan apa yang ada. Anak juga belum makan kurma. Semalam (kelmarin) saya berhubung dengan keluarga dan mereka berbuka puasa dengan makanan dalam tin saja.

“Saya sedih mengenangkan mereka tidak boleh menikmati makanan seperti kita, pilihan tak banyak seperti kita tetapi apabila saya tanya ‘tak mengapakah saya makan banyak hari ini’, anak menjawab dengan matang. Itu menjadikan saya lebih bersemangat menyebarkan mengenai Palestin dan mencari dana untuk disumbangkan kepada mereka,” katanya.



Katanya, situasi yang paling menyentuh hatinya apabila isteri membuat kek coklat hari lahir untuk Haura’, tiga minggu lalu dengan menggunakan dua bahan saja bagi menggembirakan kanak-kanak itu.

“Isteri dapat tepung sedikit dan dia bancuh dengan koko sedikit untuk dijadikan adunan kek biarpun bahannya tidak lengkap dengan tanpa telur dan serbuk penaik. Selang beberapa hari selepas itu mereka sambut hari lahir Qamar.

“Kebetulan ada orang datang ke rumah hantar hadiah berupa krim dan isteri jadikan ia seperti kek untuk Qamar, malah mereka meletakkan sudu di atas krim itu seolah-olah ia adalah lilin dan anak meniupnya,” katanya yang meninggalkan Gaza atas beberapa urusan di Malaysia sebelum konflik perang meletus.

Beliau berkata, Ramadan untuk penduduk Gaza adalah waktu berkumpul bersama keluarga dan biasanya keluarga sebelah lelaki akan masak serta makan bersama.



“Jadi bulan ini memang mereka sangat merasai ketiadaan ahli keluarga lebih (dirasai) daripada sambutan Aidilfitri. Ketika ini mereka tetap menghidupkan suasana Ramadan walaupun dalam keadaan seperti itu,” katanya.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, hatinya juga berasa sedih apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga namun dia tidak terlalu memikirkan keadaan itu kerana perjuangan perlu diteruskan, malah keluarga juga mengajarnya perkara sama.

“Bila kita tanya macam mana keadaan, ada makanan ke dan mereka akan cakap jangan fikirkan kami, Allah jaga kami. Kami baik saja dan apa kami boleh makan (akan dimakan),” katanya yang sangat merindui keluarganya di Gaza.

Berkongsi perkembangan di wilayah itu, beliau berkata, ketika ini bantuan kemanusiaan masih terhad namun mengakui pihak Mesir membenarkan bantuan masuk di pintu sempadan pada hari tertentu tetapi harga barangan meningkat antara sekali hingga dua kali ganda.



“Ada hari yang dibuka untuk bantuan kemanusiaan masuk dan ada hari dibenarkan barang perniagaan masuk. Kita di CGM masih membeli barangan dari dalam Gaza dan bekalan Alhamdulillah masih ada. Lembu dan kambing diberi masuk tetapi kos memang jauh meningkat daripada harga asal.

“Ada barang naik sekali ganda, ada juga barangan harga meningkat dua kali ganda,” katanya.

‘Baba makanlah, Allah jaga kami, jangan risau’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker