Isu Marissa Kahwin lari, Norman Hakim tegur Abby Abadi kerana kongsi aib keluarga

.

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa kurang senang dengan sikap bekas isterinya, Abby Abadi yang begitu terbuka berkongsi kisah dalaman membabitkan anak mereka, Marissa Dania Hakim dalam media sosial, termasuk siaran podcast.

Teguran dibuat Norman melalui ruangan komen hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Abby antara lain meminta supaya bekas isterinya itu lebih bersikap rasional dalam berdepan isu itu.



“Istighfar bok (Abby)… Bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

“Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis sini, iftar sesama nanti sambung sembang masa iftar.

“Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” tulis Norman.

Menerusi entri panjang lebar itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa perkongsiannya mengenai kahwin lari anak keduanya itu diputar belit banyak pihak.



 

Norman melalui ruangan komen hantaran yang dimuat naik dalam IG Abby meminta bekas isterinya lebih bersikap rasional dalam berdepan isu keluarga.
Norman melalui ruangan komen hantaran yang dimuat naik dalam IG Abby meminta bekas isterinya lebih bersikap rasional dalam berdepan isu keluarga.

 

Sementara itu, perbalahan dua selebriti itu mendapat maklum balas pelbagai daripada netizen.

Seorang pelayar mempertahankan tindakan Abby itu sambil menasihatkan pelakon filem Pasrah itu supaya menjadi bapa yang lebih bertanggungjawab.



“Dia ada hak menulis sebab dia ibu kandung, tapi dia di belakangkan sampai anak kandung nak buka puasa dengan mak tiri pun, mak tiri tak tahu.

“Awak sebagai bapa patut mainkan peranan betul-betul,” tulisnya.

Sementara itu, seorang pelayar IG mencadangkan supaya Norman memadam sahaja komennya itu supaya keadaan tidak bertambah keruh.

“Masih sempat untuk ‘delete’ posting ni kot. Keluarga mana yang tak punya cerita masing-masing.



“Cukup tutup cerita di media sosial. Cukup ayah, mak, dan anak-anak sahaja uruskan. Insya-Allah doa yang baik-baik,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker