Wanita beri donat juadah berbuka kepada jiran sebelum kelar bayi hingga mati

Gambat Hiasan

Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah jiran-jiran untuk memberikan kuih donat sebagai juadah berbuka puasa sehari sebelum kejadian tragis itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh seorang jiran yang enggan namanya disiarkan dan mengaku cukup terkejut dengan kejadian menimpa mangsa berusia setahun enam bulan di kawasan perumahan mereka di Taman Cahaya Masai, di sini.

“Mereka sekeluarga sempat memberi donat kepada kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain.

“Sebelum ini, jiran saya itu okey saja dan apabila berjumpa akan bertegur sapa. Wanita itu juga selalu dilihat membawa anaknya keluar berjalan-jalan,” katanya sambil memaklumkan tidak pernah melihat atau mendengar suara bayi itu menangis atau pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka.



Terdahulu, media melaporkan seorang wanita disyaki mengelar leher bayi lelakinya sebelum menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suami melalui kiriman WhatsApp, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dipetik berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari berhubung kes seorang bayi berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandung di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang.

Susulan itu, suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali pula menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang baik dan peramah, selain sering membawa bayinya berjalan-jalan di lorong perumahan pada waktu petang.



Katanya, beliau mengetahui insiden tragis itu kira-kira jam 1 tengah hari selepas seorang jiran lain meminta pertolongan.

“Setiba di depan rumah jiran (suspek), saya nampak badan bayi itu berdarah di ruang tamu, manakala ibunya duduk bersila dan terdiam di hadapan tubuh kecil itu.

“Saya terperanjat dan memberitahu suami mengenai kejadian berkenaan. Tidak lama kemudian, polis tiba dan menguruskan kes itu,” katanya.

Beliau yang sudah lama mengenali suspek, mengaku trauma selepas melihat sekujur tubuh mangsa berlumuran darah.



“Masih terbayang-bayang, bahkan malam tadi pun tidak dapat tidur. Saya mempunyai dua anak berusia sembilan dan empat tahun yang kerap bermain dengan mangsa,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker