Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Aliff Syukri dikecam netizen yang mempersoalkan di mana etika beliau ketika dia membuat konten dengan Ruhainies.

Rata rata peminat Aliff Syukri terkilan dengan tindakan beliau yang dianggap sengaja membuat konten sensasi melibatkan nama artis yang tengah panas ketika ini.



Ruhainies baru baru ini ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz.

Oleh itu mereka menganggap tindakan Aliff Syukri ini tidak ubah seperti menyokong maksiat.

Lebih mengejutkan netizen, Datuk Aliff Syukri mengaburkan wajahnya sebagai mengikut perkara yang tengah trending ketika ini, apabila sebuah jenama mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan mereka.

Alasan syarikat tersebut berbuat demikian kerana mereka tidak menyokong sikap tidak bermoral Ruhainies.



Di Tiktok sudah ramai pencipta konten membuat parodi dengan video kaburkan muka. Aliff Syukri enggan ketinggalan untuk mengikut arus tersebut.

Malangnya, dia dikecam kerana dia ternyata dianggap gilakan viral dan perkara sensasi. Ianya dianggap taktik kotor.

Seorang peminatnya berkata: “Okaylah unfollow dan boikot sbb suka guna manusia yang problem untuk promote barang. Dato dah cukup terkenal dah tapi masih guna taktik kotor mcm ni. Sorry saya unfollow.”

Yang lain menulis: Maaf Dato sekali dua buat begini. Orang boleh lupakan. Ni berkali-kali pilih yang mcm ni. Something wrong with you Dato. Menyokong orang yang meruntuhkan rumahtangga orang is not funny Dato.”



Kemudian pengikut yang seterusnya berkata: “Semua maksiat dia sokong.”

Bukan itu sahaja, ramai yang terkilan kerana Datuk Aliff Syukri masih memberikan ‘job’ kepada wanita yang dianggap telah meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Ada yang menasihati Datuk Aliff Syukri untuk hentikan taktik menggunakan individu yang viral kerana perkara yang tak betul sebagai model iklannya. Ini bukan pertama kali menurut mereka.

Asal saja ada orang yang bermasalah dia akan digunakan jadi bahan iklan. Tidak ubah seperti menangguk di air yang keruh. VC



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker