Zahid dakwa MN runtuh kerana sikap hipokrit PAS, Fadhli Shaari sentap

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak membahaskan isu Muafakat Nasional (MN) kerana tiada keperluan memanjangkan isu berkenaan buat masa ini.

“Ramadan ini kita memperbanyakkan amal ibadat dan kurangkan pertembungan, takut melarat sehingga mengurangkan pahala nanti.

“Apatah lagi sengaja melontarkan isu tidak perlu yang tentunya akan memanjangkan perbahasan antara kedua-dua pihak,” kata Ahmad Fadhli.



Semalam, Ahmad Zahid menyatakan PAS yang meruntuh dan meninggalkan MN bukan UMNO, dan mengingatkan PAS supaya tidak bertanam tebu di bibir berhubung isu mahu menghidupkan semula kerjasama itu

Presiden UMNO dilaporkan berkata PAS perlu ikhlas jika mahu menghidupkan kembali MN dan parti itu ketika ini mahu terus bersama rakan parti lain dalam Kerajaan Madani.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau sekadar mahu mengingatkan punca sebenar kegagalan MN dengan mengaitkan hubungan sulit UMNO dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

“Sekadar mengingatkan, perbualan telefon antara ‘cikgu dan murid’ serta ‘gumpalan kertas A4’ yang berlaku sebelum PRU15 ialah sebesar-besar bukti telah berlaku hubungan sulit antara Datuk Seri secara peribadi dengan pimpinan Pakatan Harapan.



“Akhirnya ia terlaksana selepas PRU15. Sudah tentu hujah yang biasa didengar ialah kerana ia titah Yang di-Pertuan Agong agar BN bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Ya, semata-mata patuh kepada titah sahaja,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan keikhlasan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan sama ada benar-benar kerana titah atau sebab lain.

“Andaikan ia benar, soalannya adakah kerana titah juga BN sanggup bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan negeri di Perak walaupun ada alternatif lain untuk membentuk kerajaan dominasi Melayu Muslim?

“Adakah kerana titah juga BN sanggup bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan di Pahang walaupun ada alternatif lain untuk membentuk kerajaan dominasi Melayu Muslim? Jika kerana titah, titah yang mana? Atau titah siapa?” katanya.



Beliau turut mempersoal kenyataan Ahmad Zahid yang menyatakan harapan agar kerjasama BN-PH itu kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),

“Adakah ini dengan maksud di dalam pilihan raya akan datang, BN akan terus bekerjasama dengan PH menentang Perikatan Nasional (PN) satu lawan satu, adakah ia juga kerana titah? Tidakkah itu dengan sendirinya bermaksud selepas PRU16 nanti BN akan terus bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan (jika pun menang)?” katanya.

Justeru, katanya beliau meminta kalimah titah tidak digunakan bagi maksud sedemikian.

“Janganlah pergunakan kalimah titah sampai begitu sekali. Panjang lagi jawapan boleh diberikan, tetapi lebih baik setakat ini sahaja sekadar respon. Jika tidak dimulakan oleh Datuk Seri Zahid, tiada keperluan untuk menjawab sebenarnya. Kerana semua orang sudah tahu duduk letak isu sebenar.



“Buat masa sekarang, jika Datuk Seri terus istiqamah untuk bersama PH, saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker