Penyamun maut dilanggar kereta mangsa

Penyamun maut dilanggar kereta mangsa

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang ketakutan ketika cuba disamun tiga penjenayah, nekad memecut kenderaan untuk melarikan diri sebelum terlanggar seorang daripada mereka sehingga mati.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.39 pagi tadi ketika lelaki terbabit berada di dalam keretanya di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah, sebelum tiba-tiba didatangi tiga suspek yang menaiki dua motosikal.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek memukul cermin hadapan kereta pengadu menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Disebabkan takut, pengadu memecut keretanya dan sewaktu cuba melepaskan diri dia terlanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

“Suspek berusia 29 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua rakannya melarikan diri,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, usaha mengesan saksi dan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.



“Untuk tujuan penyiasatan, dua kertas siasatan dibuka serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap pengadu dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan terhadap dua suspek yang masih bebas,” katanya. BH

Penyamun maut dilanggar kereta mangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker