Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA

Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA

Pemuda Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menempelak mereka yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh sengaja menunggang isu stoking kalimah Allah untuk menjadi hero politik.

Ketua Pergerakan Pemuda KIMMA, Rais Ahmad Mohamed Hussain berkata, tindakan Akmal lebih kepada mempertahankan serta menyuarakan kepentingan umat Islam dalam isu berkenaan.



“Tidak timbul soal Akmal tunggang isu ini demi kepentingan politik kerana isu sebegini bukan kali pertama berlaku.

“Malah, sering kali kami (umat Islam) yang mempertahankan agama dituduh dan dikecam dengan pelbagai dakwaan buruk.

“Suka kami tegaskan di sini bahawa Pemuda KIMMA berpendirian untuk berdiri teguh bersama Pemuda UMNO dalam mempertahankan isu kalimah Allah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Rais Ahmad, menteri serta komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya bersuara dalam isu kalimah Allah ini, sebaliknya mereka perlu menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan tegas dalam menyelesaikan isu berkenaan.



“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming;Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Ting King Sing serta Setiausaha MCA, Datuk Chong Sin Woon sepatutnya menasihati masyarakat mewakili mereka supaya perkara sebegini tidak berulang serta menjadi orang tengah jika betul ingin menyelesaikan masalah ini.

“Jangan lupa Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bahawa tiada ada mana-mana pihak boleh memainkan isu 3R (agama, kaum, diraja) demi keamanan negara.

“Sehubungan itu, kami menyeru mereka yang bersuara lantang menentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah untuk berhenti bersuara bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rais Ahmad turut menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dalam isu ini agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.



Media semalam melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan (MPP), Fahmi Zainol menasihatkan Kor Ming untuk memberi fokus sebagai menteri KPKT dan tidak perlu bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Beliau juga berpandangan tidak semua perkara memerlukan Kor Ming bersuara tambahan pula isu tersebut tiada kaitan dengannya. MG

Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker