Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta

Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta

Ibarat bergolok-bergadai demi meningkatkan prestasi lakonan di institusi seni persembahan tersohor di Amerika Syarikat (AS), Jasmine Suraya, 34, kecewa usaha meminta bantuan dana daripada pemegang taruh industri kreatif bagi merealisasikan hasratnya itu, menemui jalan buntu.

Jasmine yang sudah ‘terbang’ ke AS, Jumaat lalu, bagi memulakan pengajian di akademi lakonan, Lee Strasberg Theatre & Film Institute di Los Angeles, hampa usaha penggiat seni meningkatkan keupayaan diri, bagai tidak diendah.



“Kita tidak patut ada slogan ‘Road To Oscars’ (usaha kerajaan membawa filem tempatan bersaing di pentas antarabangsa) kalau tidak serius. Kalau betul-betul hendak ke Anugerah Akademi, kita patut bangunkan industri kreatif secara holistik.

“Sama seperti apa yang dilakukan di Korea Selatan. Perkembangan industri kreatif di sana sangat bagus. Saya fikir mentaliti rakyat Malaysia hanyalah untuk matlamat jangka masa pendek.

“Apabila kita cuba sesuatu yang baharu dan tidak menjadi, kita jadi takut hendak melabur lagi dan kembali ke zon selesa.

“Kita kena serius dalam membuat perancangan dan punya bajet yang bagus. Jangan sekadar buat perancangan lima hingga 10 tahun… Ini perlukan 30 tahun. Itulah yang berlaku di Korea Selatan,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Mask Team di ibu negara, baru-baru ini.



Jasmine atau nama sebenar, Jasmine Suraya Chin Xian Mei yang berasal dari Sarawak berkata, selain kerajaan negeri itu, dia ada mengusulkan hasrat memohon dana kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum berangkat ke Los Angeles.

“Saya tidak dapat bantuan dana. Saya pulang ke Sarawak untuk bertemu dengan wakil kerajaan negeri, namun, pesanan dan panggilan saya tidak dipedulikan. Saya kecewa sebab hantar permohonan mendapatkan bantuan dana banyak kali.

“Malah, saya hantar pesanan kepada Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman untuk memaklumkan perkara yang saya sedang usahakan.

“Malangnya, saya dimaklumkan, FINAS ada dana tetapi untuk perkara lain, bukan bagi tujuan pembangunan bakat anak seni.



“Saya agak terkilan. Saya tiada masalah kalau tidak beri kepada saya. Namun, bagaimana untuk individu berbakat yang datang dari latar belakang tidak seberapa dan tiada wang untuk pergi belajar.

“Jadi, berilah (bantuan dana) kepada bakat tempatan yang tidak mendapat peluang disebabkan kesukaran hidup,” katanya yang mendakwa pernah menghubungi Yayasan Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memohon dana, namun, gagal, apabila dimaklumkan bantuan diagih kepada perkara lain.

Dalam merealisasikan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang lakonan di AS, Jasmine mendakwa menjual barangan peribadi demi membiayai pengajian kira-kira RM300,000.

“Hendak pergi AS perlukan belanja besar dengan keadaan pasaran mata wang kita sekarang. Jadi, saya perlukan antara RM300,000 hingga RM400,000.



“Saya jual barangan peribadi yang tiada nilai berganda seperti kereta. Jadi, lebih baik saya jual. Lebih baik saya gunakan wang untuk melabur perkara lain.

“Saya tahu, ramai orang pada usia saya, akan fikir untuk ‘settle down’. Ramai bertanya kenapa saya lepaskan semua itu demi melanjutkan pengajian.

“Bagi saya, selagi ada tenaga dan minat, penting untuk saya pergi sekarang sebelum tiada semua itu,” katanya.

Sebelum ini, Jasmin mengumumkan terpilih menjadi pelakon Malaysia pertama melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre & Film Institute.



Beberapa bintang ternama Hollywood seperti pelakon Al Pacino, Robert De Niro, Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga menjadi alumni institut berkenaan.

Jasmine sebelum ini pernah melanjutkan pelajarannya di Afrika dan Australia dalam bidang politik dan ekonomi, serta mengambil kursus selama dua bulan di London, United Kingdom (UK). BH

Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker