Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri

Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri

Personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya mengingatkan ibu bapa yang ingin membawa anak ke masjid agar mengetahui tahap kenakalan mereka agar tidak menimbulkan masalah kepada jemaah lain.

Ahmad Fedtri berkongsi pandangan melalui hantaran video di Instagram (IG), baru-baru ini, menyentuh mengenai beberapa rakaman video tular memaparkan gelagat anak yang mengikut ibu bapa menunaikan solat di masjid atau surau.



“Memang kita hendak bawa anak bersolat tarawih secara jemaah, tetapi, ibu bapa tak boleh pentingkan diri.

“Kita khusyuk beribadat dengan tenang, tetapi anak kecil yang ditinggalkan di belakang, seperti video tular, mengetuk kepala orang dan memanjat badan jemaah lain.

“Mungkin si kecil kenal orang itu, tetapi, bayangkan kalau dia buat pada orang lain? Jadi, ibu bapa yang hendak bawa anak-anak pergi berjemaah, kena tahu, tahap kenakalan anak sampai ke peringkat mana,” katanya.

Ahmad Fedtri berkata, tahap anak membuat bising juga perlu diambilkira.



“Kadang-kadang, bukan anak berusia setahun dua yang buat bising. Ada yang sudah agak besar ‘membuas’ ketika orang solat jemaah.

“Barangkali kena latih dan disiplinkan dulu anak sebelum bawa berjemaah. Atau duduk di barisan akhir yang tidak mengganggu,” katanya.

Ahmad Fedtri berkata, jika ibu bapa tidak mampu mengawal kenakalan anak di masjid atau surau, mereka disaran mengundur diri, solat di rumah atau menjaga anak secara bergilir-gilir demi menjaga keharmonian antara jemaah.

“Kita hendak jaga kerukunan dan keharmonian. Takut hilang sabar hingga dia ‘cepuk’ anak kita sampai jadi kes lain pula.



“Tujuan kita solat jemaah untuk dapatkan harmoni, ketenangan dan kedamaian. Tetapi disebabkan anak, kita bergaduh dan bermasam muka pula serta timbul isu tidak sepatutnya,” katanya. BH

Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker